'Saya mengaku saya salah' - Wanita cari saksi selepas cermin kereta dipecahkan akibat double park di Hospital Kajang | The Reporter

‘Saya mengaku saya salah’ – Wanita cari saksi selepas cermin kereta dipecahkan akibat double park di Hospital Kajang

Cermin kereta pecah akibat kenderaan bertindih

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Meletakkan kenderaan secara bertindih (double park) sering kali berlaku di kawasan parkir yang sesak seperti di hospital, kawasan perumahan, dan tempat kerja. Tindakan ini biasanya dilakukan kerana kekurangan ruang parkir, tetapi ia menyebabkan banyak kesulitan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Nadia Hizam, berkongsi pengalamannya di Hospital Kajang, di mana cermin keretanya pecah dan terdapat kesan kemik akibat tindakannya meletakkan kereta secara bertindih.

Nadia mengakui kesilapannya yang menyekat kenderaan lain dan kini sedang mencari saksi atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk membantu mengenal pasti punca kerosakan tersebut.

“Saya admit saya salah,” kata Nadia dalam hantaran tersebut.

“Nak minta jasa baik sesiapa yang berada di hospital Kajang pada 11 November 2024, lebih kurang jam 1 hingga 3 petang, untuk menjadi saksi atau berkongsi rakaman jika ada,” tambahnya.

Namun, perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi netizen. Seorang pengguna Twitter, @ashpenat, menulis, “Kalau aku nampak pun aku tak nak jadi saksi. Anggaplah itu yuran kebodohan. Kalau nak, letak no handphone urgent nak block parking pastikan get ready terima call. Bukan bagi letak nombor untuk miscall 98 kali.”

Pengguna lain, @ssyuoh89, turut menyuarakan pendapat dengan menulis, “Siapa yang ada pada waktu dan tarikh berkenaan jangan bagi kerjasama biar perempuan bodoh ni susah dan kena keluar duit bayar. Haha padah menjadi bingai block kereta orang m****s la kau membayar cermin pecah tu.”

Related Posts