'Saya masak dengan ikhlas, awak bayar guna duit koyak?' - Peniaga kecewa dianiaya pelanggan | The Reporter

‘Saya masak dengan ikhlas, awak bayar guna duit koyak?’ – Peniaga kecewa dianiaya pelanggan

peniaga kecewa dianiaya pelanggan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peniaga kecil sering berusaha menjalankan perniagaan dengan penuh keikhlasan, namun ada segelintir pelanggan yang mengambil kesempatan hingga merugikan mereka. Hal ini bukan sahaja mengecewakan, malah memberi kesan kepada operasi perniagaan harian.

Seorang peniaga, Sky Tiger, meluahkan rasa kesal di Facebook apabila menerima pembayaran menggunakan wang kertas yang telah koyak.

“Saya masak dengan ikhlas, kau makan sedap dan kenyang. Tapi dibayar pula menggunakan duit koyak. Tak apalah, saya ikhlaskan makanan yang masuk dalam perut awak,” katanya.

Sky juga menambah, “Sekiranya perbuatan itu tidak disengajakan, Alhamdulillah rezeki awak berganda. Tapi kalau disengajakan, saya harap rezeki berganda untuk perniagaan saya. Harap perbuatan sebegini tidak berterusan,” ujarnya.

Menurut Sky, insiden itu berlaku pada waktu tengah hari, ketika premisnya dipenuhi pelanggan. Dalam keadaan sibuk, kakitangannya tidak menyedari pelanggan membayar menggunakan wang kertas yang koyak.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai pandangan. Seorang netizen, Jenita Morse Johnny berkata, “Kalau ada duit kertas yang koyak, simpan. Kalau sudah banyak, boleh pergi bank untuk buat penukaran. Saya pernah cuba di CIMB dan mereka kata boleh tukar.”

Seorang lagi netizen ,Marietta Sino Macy pula menulis, “Semoga rezeki makin lancar. Ikhlas saja, percayalah, akan tergantikan juga dalam bentuk yang kita tak sedar.”

Related Posts