'Saya lihat anak saya dengan bantuan pernafasan, hidap Influenza B' | The Reporter

‘Saya lihat anak saya dengan bantuan pernafasan, hidap Influenza B’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita yang merupakan ibu kepada lima kanak-kanak yang ditahan semasa Op Global di Kampung Giching, Sepang mendakwa tidak diizinkan untuk bertemu anak-anak terutamanya bayinya berusia satu tahun enam bulan.

Katanya, dia tidak mendengar khabar berita tentang anak-anak sudah lebih sebulan dan hanya mengetahui perkembangan anaknya apabila dimaklumkan semasa bayinya disahkan dijangkiti Influenza B.

Bimbang dengan keadaan anaknya, wanita berkenaan mendakwa terpaksa ‘merempuh’ masuk ke perkarangan hospital untuk meninjau keadaan anaknya. Dia telah diberikan tempoh melawat selama satu jam.

“Ketika itu, keadaan dia dah pakai tiub. Bayi saya masih menyusu badan, tetapi disebabkan saya mengandung, saya ajar guna botol susu. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada kata adik-beradik diasingkan di lokasi berbeza ikut peringkat umur.

@black.chilli6

Ibu kepada lima kanak-kanak yang ditahan semasa Op Global di Kampung Giching, Sepang mendakwa tidak diizinkan untuk bertemu anak-anak terutama bayinya yang berusia satu tahun enam bulan.

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

“Pegawai polis dan JKM kata di bawah perintah mahkamah dan ditahan mungkin sebab tinggal di rumah amal yang disabitkan dengan penderaan kanak-kanak.

“Tetapi, ada juga pegawai yang mempertikaikan kenapa anak ditahan kalau ada bersama mak,” katanya.

Wanita yang dikenali sebagai Masyitah yang juga merupakan sukarelawan pusat tahfiz mendakwa dia dan suaminya tidak terlibat dengan Gerakan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Mereka turut hairan kerana telah didakwa atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak seperti pertuduhan yang sama ke atas ahli GISB.

Semasa serbuan dijalankan katanya, dia dimaklumkan kesemua mereka ditahan berkemungkinan kerana tinggal di rumah amal atau premis yang dikaitkan dengan pertuduhan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts