Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menasihati pemimpin politik agar tidak terlalu ghairah berebut untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.
Menurut beliau, calon tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti yang diwakili gagal meraih majoriti 112 kerusi di Parlimen.
“Calon tidak akan jadi Perdana Menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi. Untuk menang 112 kerusi, partinya perlu meletakkan lebih daripada 112 calon. Parti lain pula akan meletakkan calon untuk menentang partinya.
“Oleh itu, tidak mungkin partinya menang 112 kerusi, dan calon Perdana Menteri tidak akan jadi Perdana Menteri,” kata Tun Dr Mahathir.
Baca juga:
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
Beliau menekankan bahawa fokus utama sepatutnya diberikan kepada perpaduan Melayu.
“Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon Perdana Menteri. Sebaliknya, berusahalah untuk Melayu bersatu. Hanya jika Melayu bersatu sahaja, baharulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang, barulah pilihan Perdana Menteri dibuat. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri,” ujarnya lagi.








