Media sosial dihebohkan dengan pendedahan anak selebriti sondol suami orang sehingga menyebabkan pasangan itu bercerai berai, sekali gus menyebabkan dua anak mereka hilang kasih sayang seorang bapa.
Menurut Misya, dia bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum kerana dicabar oleh pihak berkenaan, berdasarkan ciapannya pada awal pagi tadi.
BERITA BERKAITAN
- ‘Korang menang sekarang, adik aku jadi ibu tunggal di usia 24 tahun’ – Anak selebriti berusia 18 tahun didakwa sondol suami orang sampai hancur rumah tangga
- ‘Sila komen dulu, sedap bersangka, tambah cerita dan tunding jari’ – Abby Abadi respon isu anak jadi tular
Cinta Darjah 6 Berputik Kembali
“Bukan nak cakap apa, tapi dua-dua ni si lelaki dan perempuan ini memang minta ya diviralkan. Mereka cabar eh, “Kau viralkan lah” and this,” tulisnya.

Ada netizen bertanya, apakah yang ada pada bekas suaminya itu sehingga menyebabkan kehadiran pihak ketiga yang datang merosakkan rumah tangga mereka.
Jawab Misya, “Ceritanya, ex bertemu ex kembali. Cinta Darjah 6 berputik kembali.”

Diceraikan Sebab Nak Bersama
Selain itu, ada netizen mempertikaikan tindakan Misya menyerang anak selebriti berkenaan berbanding berdepan dengan suaminya. Namun, Misya menegaskan dia telah berbuat demikian.
Kini dia telah diceraikan oleh lelaki itu semata-mata mahu bersama dengan gadis berkenaan.

Walaupun rumah tangganya musnah disebabkan orang ketiga, Misya bersyukur, kerana telah berlepas dari lelaki berkenaan yang dianggapnya tidak berguna selepas setahun menanggung derita perasaan dicurangi hampir setahun.

Dapat Green Light Untuk Viralkan
Tambah Misya, keluarga suaminya juga tahu mengenai pendedahannya di media sosial, malah dia telah mendapat keizinan untuk berbuat demikian.
“Saya dah minta izin sebelum viral ya. Report polis pun saya dah buat. Dan ya, mereka beri lampu hijau untuk viralkan.
“Keluarga pihak sana memang tahu ya tentang isu nak viralkan ini sebab takde solusi nak hentikan anak mereka sendiri. Dari mereka juga keizinan viral kisah ini,” katanya.

Reveal Video Bekas Suami Pertahankan Dosa
Dalam ciap hari ini, Misya juga memuat naik video bekas suaminya yang dilihat memberi penjelasan kepada keluarganya sendiri berhubung isu yang telah heboh di media sosial.
“Yang terakhir sekali ya saya reveal lah ya. Bekas suami yang tak ada ihsan dan sedikit terdetik kesian pun dekat anak-anak dan isteri. Bersumpah janji dengan nama tuhan untuk pertahankan dosa yang dibuat.
“Dari jawapan si play victim dan tak guna akal menjawab. Moga Allah beri kau petunjuk dan hidayah ya,” katanya.
Terdahulu, Misya mendedahkan rumah tangganya musnah angkara anak kepada pasangan selebriti yang menyondol suaminya. Pernah terkantoi suatu ketika dulu dan anak selebriti itu telah berjanji untuk tidak mengganggu suami Misya, tetapi hal yang sama berulang kembali.
Sumber: Twitter Misya