'Saya cadangkan SPRM ambil alih KDA FC sebab pandai sangat' - Sanusi - The Reporter

‘Saya cadangkan SPRM ambil alih KDA FC sebab pandai sangat’ – Sanusi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA FC).

Beliau berkata cadangan itu dibuat kerana siasatan SPRM ke atas Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) berkaitan isu rasuah menyebabkan penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.

Sanusi yang juga merupakan Presiden KFA turut menyatakan syarikat berkenaan bimbang sumbangan yang disalurkan kelak kepada KDA FC akan dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Orang bukan faham KFA dan KDA FC berbeza, mereka tahu dua-dua (entiti) itu pasukan bola saja. Bila dibuat tangkapan dan dituduh rasuah di mahkamah sedangkan ia tidak berlaku, penaja lari kerana mereka kata ada rasuah.

“Saya cadangkan SPRM ambil alih pasukan bola sepak KDA FC sebab mereka pandai sangat, tentu boleh urus pasukan bola dan bayar gaji tertunggak pemain,” katanya.

Bergantung pada tajaan

Sejak ditubuhkan pada tahun 1924, jelas Sanusi pasukan bola sepak Kedah bergantung kepada tajaan untuk membayar gaji pemain. Jika perkara ini berterusan, berkemungkinan pasukan ini tidak dapat bersaing pada Liga Super musim hadapan.

Katanya lagi tindakan SPRM yang telah mendakwa KFA dengan tuduhan rasuah telah menyebabkan perancangan untuk membina semula pasukan itu terjejas.

“Kita buat elok dah, saya ambil alih empat tahun lalu, ketika itu selesai masalah hutang, boleh mula bayar gaji. Tiba-tiba mereka datang kacau macam itu, rosak habis semua rancangan hingga sekarang tak boleh bayar gaji,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!