'Saya baru tahu semalam. Ada marketing ke konsert di Kelantan itu?' - Ustazah Asma' Harun respon dakwaan tak nak beri teguran - The Reporter

‘Saya baru tahu semalam. Ada marketing ke konsert di Kelantan itu?’ – Ustazah Asma’ Harun respon dakwaan tak nak beri teguran

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jumaat lalu, tular video konsert artis Thailand berpakaian mencolok mata dianjurkan di Wat Pathumviharn, Kelantan, menimbulkan pelbagai reaksi negatif netizen di media sosial.

Difahamkan, penganjur konsert di Bachok itu mempunyai permit daripada pihak berkuasa. Tetapi didapati gagal mematuhi peraturan etika pemakaian dan membenarkan pengunjung beragama Islam hadir ke konsert tersebut. Disebabkan itu, penganjur telah dikenakan denda melebihi RM10,000.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, pelanggaran syarat berkenaan bukanlah isu besar kerana konsert itu mempunyai permit. Tetapi diperbesarkan oleh pihak tertentu.

Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang meminta Ustazah Asma’ Harun mengulas mengenai isu tersebut dan memberi teguran kepada pihak berkenaan.

Turut dikesan, ada beberapa komen netizen yang mendakwa Ustazah Asma’ tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, Ustazah Asma’ tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui tentang konsert di Bachok itu.

Baru tahu semalam

“Sebenarnya saya baru tahu semalam, ada satu konsert yang diadakan di Kelantan. Boleh dikatakan konsert itu agak liar, kerana penyanyi dan penari tersebut memakai pakaian mencolok mata dan sangat seksi (orang bukan Islam).

“Saya baru tahu semalam, kenapa ramai sangat yang tag saya, tanya mana Ustazah Asma’.

“Jadi tentang konsert di Kelantan, siapa yang tahu? Ada marketing ke konsert di Kelantan itu? Ada hebahan ke? Saya pun tak tahu. Kebanyakan daripada rakyat Malaysia yang bercakap mengenai konsert di Kelantan itu hanya tahu selepas konsert itu diadakan,” katanya.

‘Bukan nak bela’

Ustazah Asma’ turut menegaskan bahawa beliau bukan mahu membela pihak penganjur, tetapi mahu orang ramai memahami situasinya terlebih dahulu sebelum melemparkan sebarang dakwaan tidak berasas terhadapnya.

“Saya bukan nak bela, saya nak beritahu tentang situasi saya. Berbeza dengan konsert Coldplay itu, dah tahu berbulan-bulan awal sebelum. Awal tahun dah mula dijual tiketnya dan awal tahun lagi dah ada hebahan.

“Maksudnya konsert Coldplay ini terbuka untuk semua dan marketingnya dibuat secara besar-besaran,” katanya.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!