Sasar Minat Generasi Muda Di Zon Utara, Malaysia Techlympics 2024, Perkenal  Pendekatan Hands-On | The Reporter

Sasar Minat Generasi Muda Di Zon Utara, Malaysia Techlympics 2024, Perkenal  Pendekatan Hands-On

Yayasan Inovasi, Malaysia Techlympics 2024

Ha, itulah asyik bezakan zaman dulu dengan zaman sekarang je, tanpa cuba fahami apa yang mereka inginkan dan kenapa generasi muda kini tidak gemar untuk belajar terutamanya subjek kritikal iaitu Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI). 

Kalau anda nak tahu, MOSTI kembali dalam usaha mereka untuk memupuk minat generasi muda terhadap STI melalui Malaysia Techlympics 2024. 

Malaysia Techlympics 2024 membawakan pendekatan yang lebih menarik melalui pertandingan yang menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna bagi memberikan impak yang luar biasa dengan menarik minat pelajar. 

Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Utara Menyaksikan Seramai Lebih 1,350 Peserta

Peringkat Zon Utara, yang merupakan penganjuran kelima bagi Malaysia Techlympics 2024, berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini telah menerima sambutan hangat yang melibatkan seramai lebih 1,350 peserta dari Kedah, Perlis, Perak, dan Pulau Pinang. 

Para peserta memamerkan kebolehan mereka dari pelbagai bidang untuk bersaing dan merebut tempat ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan November ini.

Usaha Membentuk Minda, Melahirkan Pemimpin Berinovasi 

YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi, dalam Ucapan Aspirasi beliau berkata, matlamat dan objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal serta berdasarkan kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa.

Pertandingan tahun ini menampilkan tema teknologi terkini seperti kecerdasan buatan, pengekodan, pengkomputeran, dron, dan banyak lagi. Ia bertujuan sebagai pendedahan awal bagi para pelajar dalam teknologi yang berkembang pesat ini. 

Aktiviti-aktiviti ini direka khas untuk menyemarakkan minat mereka terhadap teknologi canggih, sambil menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan peserta.

Dengan fokus kepada membentuk minda muda dari peringkat sekolah sehingga tertiary, Malaysia Techlympics berusaha melahirkan pemimpin yang mempunyai idea inovasi yang berteraskan teknologi.

Tunggu, Ada Lagi!

Malaysia Techlympics 2024 telah memperkenalkan Kuiz Know How Bersama Pakar Malaysia Techlympics 2024 untuk meningkatkan pengetahuan tentang 15 kategori dalam Kuiz Know How dan setiap kategori akan berada 10 soalan untuk dijawab. 

Kuiz ini terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah PERCUMA.

Peserta-peserta diperlukan untuk menjawab sebanyak mungkin soalan di kategori-kategori tersebut dan peserta dengan skor tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah seperti pencetak 3D berjenama, telefon pintar, tablet, dan banyak lagi semasa Peringkat Akhir Kebangsaan pada bulan November ini.

Layari https://www.mytechlympics.com/bm/know-how/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang kategori yang menarik ini dan tunjukkan kebolehan anda dalam kuiz!

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics 2024, layari laman web rasmi www.mytechlympics.com.

Related Posts