Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak 1975, Sarawak didakwa hanya menerima sekitar lima peratus hasil minyak dan gas yang diperoleh daripada perairan dan bumi negeri itu. Angka itu bersamaan kira-kira RM49 bilion dalam bentuk bayaran tunai, manakala baki 95 peratus terus dinikmati Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
Penasihat Undang-Undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong, berkata jurang besar ini menuntut penyelesaian segera agar negeri berhak menikmati hasil yang lebih seimbang.
Menurut laporan Astro Awani, beliau menegaskan ia juga menguatkan lagi tuntutan supaya Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diiktiraf sebagai pengagregat gas tunggal mengikut Ordinan Agihan Gas (DGO) yang dipinda pada 2023.
Baca juga:
- Vape bakal diharamkan sepenuhnya, KKM sahkan pelaksanaan dibuat berfasa
- ‘Saya tidak terima rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu’ – PM
- ‘Zara ditemukan terlentang di dalam longkang, tidak sedarkan diri’ – Pengawal keselamatan
Manfaat negeri masih terhad
Walaupun kerajaan persekutuan mengumumkan Sarawak sudah menerima manfaat lebih RM96 bilion termasuk dividen serta cukai jualan, Fong menyifatkan angka itu tidak mencerminkan nilai sebenar kekayaan negeri.
Katanya, hasil yang terhad tetap digunakan berhemah, antaranya bagi membiayai projek infrastruktur utama seperti lebuh raya pesisir, Jalan Trunk Kedua, jambatan ikonik dan sekolah menengah antarabangsa.

Harapan pada Petros & Peta Jalan Gas
Melalui Petros, Sarawak kini mula mengagihkan manfaat terus kepada rakyat, termasuk pemberian gas percuma untuk keluarga B40 di Bintulu dan Miri.
Fong menegaskan rakyat hanya mahukan penghormatan terhadap undang-undang negeri, pengurusan sumber secara mampan serta agihan yang lebih adil.
Beliau percaya, dengan sokongan sewajarnya, Peta Jalan Gas Sarawak berpotensi menyumbang sehingga RM130 bilion setahun kepada KDNK negara.