Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, baru-baru ini membuat kenyataan yang mengejutkan apabila beliau meminta Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (Sukma) XXI Sarawak 2024.
Bagaimanapun, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menjelaskan bahawa, kenyataan yang dibuat oleh Sanusi itu hanyalah gurauan semata-mata.
Dalam pertemuan mereka semalam (15 Julai 2024), Sanusi memberitahu Abdul Karim mengenai kenyataan tersebut hanyalah guraun.
Namun, Abdul Karim menegaskan bahawa Sanusi suka bergurau dan bahawa tidak ada masalah antara Sarawak dan Kedah. Beliau juga memaklumkan bahawa Kedah akan menghantar lebih 500 orang atlet ke Sukma 2024.
“Kita tahu beliau suka bergurau. Beliau sendiri maklumkan yang beliau bergurau saja. Tiada masalah di antara Sarawak dan Kedah,” katanya.
10 Julai lalu, Sanusi mengeluarkan kenyataan meminta Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu, termasuk tiket perjalanan dan peralatan. Namun, tindakannya itu telah ditolak oleh Kerajaan Sarawak.
Sumber: Kosmo! Online