Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita mendedahkan tindakan seorang pekerja lelaki di sebuah warung roti canai yang membasuh kuali menggunakan air longkang.
Ketika wanita berkenaan sedang merakam video tersebut, pekerja lelaki itu sedang khusyuk membasuh kuali dengan air longkang.
Sebaik sahaja mendengar suara wanita itu, lelaki berkenaan dilihat terpinga-pinga dan terkejut.
“Penjual ni dia basuh kuali dengan air longkang kat sini. Sangat kotorla,” katanya.
Kemudian, rakan sekerja memanggilnya dan memintanya meletakkan kuali berkenaan di satu sudut.
Bagaimanapun, lokasi gerai berkenaan tidak didedahkan kepada umum.
Susulan itu, netizen meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini bukan hanya dari sudut kebersihan malahan keluluasan permit berniaga, dan lain-lain.
Sumber: Hikmah Viral








