'Sampai dia terpaksa buang air besar kat tangga' - Remaja tak dibenarkan masuk ke rumah sejak Ahad lalu | The Reporter

‘Sampai dia terpaksa buang air besar kat tangga’ – Remaja tak dibenarkan masuk ke rumah sejak Ahad lalu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan seorang remaja lelaki tidur di kaki lima sebuah flat, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah flat di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor. Remaja itu katanya diabaikan dan dihalau oleh ibu bapanya.

“Budak ini pelajar Tingkatan Satu, diabaikan oleh ibu bapanya. Dia tidak dibenarkan masuk ke adlam rumah dah hampir tiga ke empat hari tak balik.

“Ini bukan kali pertama dia kena halau macam ni, dah selalu sangat. Sampaikan dia terpaksa buang air besar pun di tangga sebab tak boleh masuk rumah.

“Budak ini baik. Walaupun kena halau, dia tetap hadir ke sekolah,” katanya.

Kejadian itu turut mendapat perhatian polis yang kemudian datang ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa. Pasangan warga emas terbabit yang berusia 56 dan 54 turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pasangan itu ditahan pada malam Khamis lalu.

Semakan mendapati, suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau. Kedua-dua suspek direman selama lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal atau emosi.

Sumber: Bernama

Related Posts