Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Saidah Kamarudin sekali lagi tampil memberi penjelasan selepas konflik bersama bekas tunangnya, Muntazar Ghufran, kembali menjadi perhatian. Jelasnya, hubungan mereka telah berakhir secara baik sejak Oktober 2024, manakala cincin pertunangan dipulangkan pada Mac 2025 dalam suasana yang damai.
Namun, ketenangan itu terganggu apabila akaun TikTok miliknya didakwa telah diakses oleh Muntazar untuk meninggalkan komen-komen yang mengundang fitnah dan mencalarkan reputasinya.
“Sebenarnya, saya langsung tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa sebab kita dah putus dari Oktober 2024. Kami bincang elok-elok, pulang cincin pada bulan Mac. Dah settle elok, dah bermaaf-maafan dan sudah tentu kami berdua ada salah masing-masing.”
Konflik tercetus semula kerana akses tanpa izin?
Saidah mendakwa, Muntazar telah mengodam akaunnya untuk meninggalkan komen berunsur fitnah ketika rakannya sedang membuat siaran langsung di platform TikTok, termasuk mendakwa dirinya mengalami tekanan emosi dan cuba kembali kepada bekas tunang.
“Saya sangka perkara ini sudah selesai, tetapi benda ini start balik bila dia hack akaun TikTok saya, komen dalam live kawan saya sekitar jam 2 pagi dan kata saya ambil pil sebab stress, tak boleh move on. Dia komen kata saya menyesal maki dia dan nak kembali kepada dia, yang mana itu adalah tidak benar. Masa tu saya sedang tidur, tak perasan.”
Tambahnya lagi, Muntazar terus menggunakan akaun itu seolah-olah dia (Saidah) memohon maaf, kemudian membalas komen tersebut melalui akaunnya sendiri dengan menegaskan tidak akan memaafkannya.
“Let’s say bukan dia hack, dia kata saya lupa nak logout daripada phone dia, tapi apa hak dia untuk komen seperti itu di live kawan saya?”
Saidah akui emosi terganggu, tapi mohon semua ini dihentikan
Disebabkan tekanan emosi, Saidah akhirnya mengaku tidak dapat lagi berdiam diri, walaupun niat asalnya adalah untuk terus berdiam demi menjaga maruah kedua-dua pihak.
“Saya tak nak pun cerita benda ni, kalau saya nak cerita, dari bulan 10 tahun lepas saya cerita. Saya memang nak simpan tetapi saya terpaksa cerita untuk mempertahankan diri.
“Saya penat shooting dan kemudian dia posting macam-macam, perkara ini menjejaskan kerja saya selama beberapa bulan. Apa yang menyebabkan saya mengeluarkan kenyataan itu sebab saya tak boleh mengawal emosi saya.”
Saidah turut memohon maaf kerana kenyataannya sebelum ini dibuat dalam keadaan tertekan, tetapi menegaskan tindakannya hanya sebagai reaksi terhadap gangguan yang diterima.
“Saya cuma nak semua benda ini dihentikan, yang bermula daripada Muntazar yang hack akaun TikTok saya. Kalau awak tak hack, saya tak akan berbunyi macam ni dan diam saja. Saya bukan budak-budak lagi, saya cuma nak semua ini berakhir.
“Saya sangat penat sebab saya dah lama move on dan berharap awak move on juga. Tolong jangan play victim,” ujarnya.
Ringkasan Berita:
• Saidah dakwa akaun TikTok miliknya diakses bekas tunang tanpa izin
• Hubungan mereka telah tamat secara baik sejak Mac 2025
• Saidah mohon gangguan dihentikan dan minta bekas tunang jangan ‘play victim’
Sumber: Melodi








