Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dilapor bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan mega Shah Alam Sentral (SA Sentral) di kawasan Seksyen 14.
Kenyataan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abbas.
Menurut beliau, sebuah pusat pameran bertaraf dunia akan menggantikan SACC Mall.
Beliau berkata PKNS merancang untuk membangunkan SA Sentral sebagai kawasan pusat perniagaan (CBD) di atas tanah seluas 64.7 hektar sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasinya.
Kos 2 bilion
Dilaporkan bahawa projek pembaharuan yang dianggarkan bernilai RM2 bilion ini akan melibatkan beberapa tapak di kawasan Seksyen 14 termasuk Pusat Konvensyen Shah Alam.
Katanya lagi, SA Sentral akan menampilkan pembangunan kediaman, ruang komersial, dan elemen warisan budaya, serupa dengan segitiga emas Kuala Lumpur.
“Matlamat kami adalah untuk menghidupkan kembali Seksyen 14 Shah Alam dan menjadikannya sebagai CBD. Untuk menjadikan CBD berjaya, anda memerlukan perniagaan di kawasan tersebut.
“Kawasan ini akan mempunyai elemen kediaman, komersial, pejabat, taman, rekreasi, perpustakaan, kawasan pameran, dan stesen LRT, antara lain,” katanya.
Perubahan imej
Mahmud menyatakan bahawa PKNS sedang beralih dari imejnya sebagai pemaju perumahan kos rendah kepada yang lebih memfokuskan kepada aspek komersial, berikutan pengurangan dana negeri, termasuk premium tanah.
“Kami membelanjakan RM63 juta setahun untuk CSR. Jika kami mengambil 5.0 peratus dari margin bersih pembangunan perumahan untuk menampung kos CSR, kami perlu menjual hartanah bernilai RM1.2 bilion,” jelasnya.
Beliau juga mengatakan bahawa PKNS tidak lagi memfokuskan kepada pembinaan perumahan mampu milik, kerana pemaju lain kini memenuhi permintaan tersebut.
Dalam pada itu, PKNS mensasarkan untuk meningkatkan hasil semasanya sebanyak empat kali ganda kepada RM8 bilion menjelang tahun 2030.
Sumber: NST








