'Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara tiada sijil halal' -JAKIM | The Reporter

‘Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara tiada sijil halal’ -JAKIM

Sumber Gambar: Gambar Tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan mengesahkan produk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“JAKIM mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk berkenaan yang sedang tular ketika ini.

“Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya.

Katanya, akta berkenaan menyatakan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

Bagaimanapun melainkan jika telah diperakukan halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo halal sebagaimana dalam perintah tersebut.

Susulan itu, pihak JAKIM katanya telah berhubung dgn Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera dan sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Terdahulu, tular mengenai persoalan status logo halal JAKIM pada roti keluaran syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, GISBH Khidmat Utara memaklumkan gambar viral berkenaan merupakan gambar lama. Mereka akui sijil halal telah tamat pada 31 Mei 2017 dan tidak diperbaharui kerana berpindah lokasi kilang.

Sumber: JAKIM

Related Posts