'Roti canai keras, makanan tak habis terbiar' | The Reporter

‘Roti canai keras, makanan tak habis terbiar’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu video tular merakamkan seorang majikan yang bertindak mencampakkan beberapa hidangan makanan ke lantai. Tindakan lelaki berkenaan dikatakan kerana sebagai pengajaran kepada pekerjanya yang tidak mendengar arahan dengan baik.

Difahamkan, pekerjanya telah menyediakan makanan dengan kuantiti yang banyak menyebabkan beberapa makanan mula sejuk dan keras.

“Aku dah cakap berapa kali dah, aku cakap dengan mulut. Jangan buat banyak, nanti pukul 10 buat lain.

“Nak bagi orang makan sedap. Ni makanan tak habis, benda jadi terbiar. Aku dah cakap aku nak benda yang berkualiti.

“Roti canai keras. Jadi siapa yang tanggung (rugi)? Aku yang kena semua. Korang semua tak kena,” katanya.

Video tular itu mengundang kecaman ramai yang menganggap majikan tersebut telah melakukan pembaziran dan sebaiknya diberikan sedekah.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan majikan tersebut yang lebih memikirkan kualiti makanan dan juga kerugian yang akan ditanggung.

Sumber: Jaringan X

Related Posts