'RON95 RM1.99 akan dinikmati rakyat Malaysia mulai 30 September' - PM | The Reporter

‘RON95 RM1.99 akan dinikmati rakyat Malaysia mulai 30 September’ – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum harga baharu RON95 RM1.99 mulai 30 September
Gambar: Facebook Anwar Ibrahim.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September ini.

Menurut beliau, pelaksanaan ini boleh dinikmati dengan mudah menggunakan MyKad di kaunter atau pam minyak, selain melalui aplikasi rasmi stesen minyak.

“Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak,” katanya.

Anwar turut memaklumkan bahawa manfaat penurunan harga ini akan diterima lebih awal oleh beberapa kumpulan sasaran, iaitu anggota polis dan tentera bermula 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menikmatinya sehari kemudian, pada 28 September.

“Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September,” jelasnya.

Baca juga:

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.

“Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Perdana Menteri lagi, kejayaan ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah dan sentiasa mendukung usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan ekonomi bersama.

Related Posts