RMK13 fokus tangani cabaran ekonomi, rapatkan jurang pembangunan - PM | The Reporter

RMK13 fokus tangani cabaran ekonomi, rapatkan jurang pembangunan – PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap mengenai RMK13 di majlis rasmi
Anwar Ibrahim: RMK13 akan jadi pelan utama kerajaan tangani cabaran ekonomi dan rapatkan jurang pembangunan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• RMK13 bakal bermula 2026, jadi pelan utama atasi cabaran ekonomi
• Fokus kepada jurang pembangunan, fiskal terhad dan reformasi struktur ekonomi
• Libatkan penyertaan kementerian, kerajaan negeri, CSO dan rakyat

Ketika ekonomi global terus berdepan ketidaktentuan dan rakyat menuntut pembaharuan yang lebih bermakna, kerajaan tampil dengan komitmen baharu menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula pada 2026.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, RMK13 akan menjadi pelan utama negara untuk menangani cabaran ekonomi seperti jurang pembangunan, kekangan fiskal serta kelembapan dalam peralihan struktur ekonomi.

“Negara perlu lebih berdaya tahan dalam mendepani risiko dan ketidaktentuan ekonomi global di samping mempercepat peralihan struktur dan merapatkan jurang pembangunan sosioekonomi,” katanya dalam catatan di Facebook pada Jumaat.

Apa fokus utama RMK13?

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, RMK13 adalah dokumen dasar penting bagi menjayakan agenda Ekonomi Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan.

Proses penyediaannya bermula sejak pertengahan tahun lalu dan melibatkan maklum balas menyeluruh daripada pelbagai pihak termasuk kementerian, kerajaan negeri, PBT, pertubuhan masyarakat madani (CSO) dan orang awam.

“Penyediaan dokumen ini… adalah hasil usaha berpasukan dan maklum balas menyeluruh mengenai cadangan strategi dan inisiatif yang telah dirangka daripada semua pihak berkepentingan,” katanya lagi.

RMK13 dijadualkan untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Sumber: Facebook rasmi Perdana Menteri

Related Posts