Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Nasi kandar merupakan hidangan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia, terutamanya di negeri utara. Asalnya diperkenalkan oleh pedagang Tamil Muslim dari India di Pulau Pinang, nasi kandar terdiri daripada nasi putih yang disajikan bersama pelbagai jenis kari, lauk-pauk dan kuah. Pilihan kari termasuk campuran sayur-sayuran, makanan laut atau daging.
Baru-baru ini seorang lelaki warga asing membeli hidangan nasi kandar dengan harga RM300 di Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Pulau Pinang.
Difahamkan, pelanggan berkenaan adalah seorang pencipta kandungan dari Singapura dan terkenal di platform TikTok dengan nama Zermatt Neo.
Menurut NKS, pembelian tersebut merupakan rekod tertinggi sepanjang sejarah perniagaan mereka.


“RM300, pecah rekod! All time biggest ever record. Seorang makan, orang Singapura. Dia memang seorang influencer TikTok, buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi.
“Kali ini Zermatt Neo mai NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS,” katanya yang turut menegaskan Zermatt datang sendiri, bukannya diundang oleh mereka.
Meskipun ada netizen yang terkejut dengan jumlah belanja yang tinggi, ada juga yang mempersoalkan apakah dia dapat menghabiskan hidangan sebanyak itu seorang diri.