Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janji dengan menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95). Langkah ini disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Memetik laporan Kosmo! Online, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, subsidi ini memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan. Hanya syarikat besar dan bukan warga negara dikecualikan daripada menikmati inisiatif tersebut.
Beliau turut menegaskan, harga petrol di Malaysia kini jauh lebih rendah berbanding negara jiran dan rantau lain, termasuk Arab Saudi (RM2.61), Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68) dan Singapura (RM9.02) seliter.
Baca juga:
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
Bukti kerajaan komited
Menurut Ahmad Maslan, pengumuman itu sekali gus membuktikan kerajaan tidak mengabaikan janji yang telah dibuat.
“Subsidi ini adalah bukti Kerajaan Madani menepati janji untuk meringankan beban rakyat, termasuk minyak petrol RON95 bagi kegunaan warga negara Malaysia,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Budi95 di Kampung Sungai Naga, Api-Api.
Beliau menambah, Kementerian Kewangan akan memperincikan pelaksanaan penuh subsidi ini dalam masa terdekat.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.








