Sejarah tercipta: Bantuan tunai untuk semua rakyat dewasa
Kerajaan mengumumkan satu inisiatif luar biasa sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 apabila semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad, di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berbeza dengan bantuan isi rumah sebelum ini, kali ini setiap individu dewasa akan menerima bantuan tanpa mengira pendapatan, termasuk pasangan suami isteri dan anak-anak dewasa dalam satu keluarga.
Bantuan ini boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 kedai seluruh negara termasuk pasar raya seperti Mydin, Lotus, Econsave, 99Speedmart serta pelbagai kedai runcit tempatan.
Baca juga:
- ‘Usaha jatuhkan pemerintah yang adil adalah perbuatan Khawarij’ – Syeikh Wazir
- Polis nafi dakwaan 400 Rohingya menetap di Kampung Melayu Kluang
- Lambaian terakhir buat jenazah ibu ayah, tangisan dua beradik undang sebak
RM2 bilion manfaatkan 22 juta rakyat
Dengan sasaran 22 juta penerima, langkah ini melibatkan peruntukan RM2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan untuk STR dan SARA bagi 2025 meningkat kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion sebelum ini. Ini juga kali pertama dalam sejarah negara bantuan tunai diagihkan kepada semua rakyat dewasa tanpa syarat pendapatan.
Kerajaan turut menyatakan hasrat untuk mengagihkan semula jumlah yang tidak dibelanjakan menjelang hujung tahun kepada golongan rentan pada tahun hadapan, bagi memastikan bantuan disalur kepada mereka yang paling memerlukan.








