Ridzuan Hashim meninggal dunia, hembus nafas terakhir di HKL - The Reporter

Ridzuan Hashim meninggal dunia, hembus nafas terakhir di HKL

Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri sebentar tadi.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham ketika dihubungi.

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.

Ridzuan Hashim mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersil.

Beliau menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya.

Beliau berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada 1991 dan bercerai pada 2002, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 5 anak.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!