Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pekerja penghantaran J&T Express meraih perhatian ramai apabila tampil merayu agar pelanggan memberi sedikit kerjasama dengan membalas mesej WhatsApp daripada rider selepas menerima bungkusan.
Menerusi video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan berkongsi luahan hati mengenai kesukaran yang dihadapi oleh para rider apabila pelanggan tidak memberikan sebarang respon.
“Saya nak minta sangat, tolonglah kepada customer-customer yang bukan COD, yang guna transfer online.
“Biasanya bila rider dah hantar barang, dia akan WhatsApp. Jadi tolonglah balas, walaupun sekadar ‘thank you’, bagi sticker, atau titik pun tak apa,” katanya dalam video tersebut.
Menurutnya, tindakan pelanggan yang tidak membalas mesej boleh menyebabkan akaun penghantar dikenakan sekatan (restricted) oleh WhatsApp, sekali gus menyukarkan mereka untuk berhubung dengan penerima sekiranya berlaku masalah seperti kehilangan atau salah letak barang.
“Bila kita tak dapat nak WhatsApp, kita tak boleh beritahu barang tu letak di mana. Nanti kalau barang hilang pun, sama-sama susah,” ujarnya.
Baca juga:
- ‘Saya nak brek, tapi tertekan pedal minyak’ – Pemandu cuai langgar 20 murid sekolah
- Enggan tukar tempat duduk tepi tingkap dengan budak, wanita fail saman selepas video tular
- Imigresen serbu restoran popular, 101 pekerja asing ditahan kerana kerja tanpa permit
Jelasnya lagi, komunikasi kecil seperti membalas mesej ringkas sebenarnya sangat penting kerana sistem WhatsApp boleh menandakan akaun rider sebagai spam jika tiada interaksi daripada pelanggan.
“Bila korang dah reply, maknanya dah ada komunikasi. WhatsApp takkan anggap kita spam. Tapi kalau tak reply langsung, akaun rider boleh kena ban,” katanya.










