Remaja nekad mogok lapar 3 hari, paksa ibu beli iPhone | The Reporter

Remaja nekad mogok lapar 3 hari, paksa ibu beli iPhone

Telefon pintar, iPhone, keluaran Apple, telah menjadi simbol status dan keinginan bagi ramai orang di seluruh dunia. Dengan ciri-ciri canggih, reka bentuk menarik dan berprestij, tidak hairanlah jika ramai individu rela melakukan apa sahaja untuk memiliki peranti ini.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial. Dalam video tersebut, seorang remaja lelaki sanggup mogok lapar selama tiga hari kerana ingin memiliki iPhone.

https://twitter.com/AbhishekSay/status/1825021289377186185

Dalam tempoh itu, dia nekad menolak apa jua makanan yang diberi oleh ibunya.

Tidak sanggup melihat anaknya kelaparan, penjual bunga di luar kuil itu akhirnya terpaksa menuruti permintaan remaja itu dengan membeli sebuah iPhone, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri.

Perbuatan remaja itu mengundang pelbagai reaksi negatif netizen di seluruh dunia. Ada yang mengutuk tindakannya itu tidak wajar dan tidak memahami kesusahan ibunya yang setiap hari mencari wang untuk menyara keluarga.

Namun, ada juga yang bersimpati dengan remaja tersebut dan melihatnya sebagai contoh betapa kuatnya daya tarikan iPhone dalam masyarakat masa kini

Related Posts