Remaja lelaki 13 tahun dilaporkan hilang | The Reporter

Remaja lelaki 13 tahun dilaporkan hilang

Amirul Zafwan dialporkan hilang pada 30 Jun lalu
Amirul Zafwan dilihat kali terakhir di Taman Tasik Dato Hormat. Gambar: FB Polis Subang Jaya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kawasan Taman Tasik Dato Hormat, PJS 10, Petaling Jaya, Selangor pada 30 Jun lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Wan Azlan Bin Wan Mamat, laporan polis berhubung kehilangan remaja bernama Amirul Zafwan Bin Akmar telah diterima pada 1 Julai 2025 sekitar jam 12.20 tengah malam.

“Remaja lelaki berbangsa Melayu dilaporkan hilang dan kali terakhir berada di Taman Tasik Dato Hormat, Petaling Jaya pada 30 Jun 2025,” katanya.

Amirul Zafwan mempunyai ketinggian sekitar 167 sentimeter dan berat badan kira-kira 45 kilogram. Warna kulitnya kuning langsat, berambut pendek berwarna hitam dan bermata sepet.

Sehubungan dengan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan remaja ini tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100,” tulis kenyataan itu.

Related Posts