Remaja hilang selepas latihan tarian singa di Cheras | The Reporter

Remaja hilang selepas latihan tarian singa di Cheras

Remaja hilang di Cheras

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, pada Khamis malam lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, memaklumkan laporan kehilangan Yap Xin Yuan diterima daripada keluarganya pada awal pagi Jumaat, sekitar jam 2.15 pagi.

“Remaja tersebut dikatakan menghadiri sesi latihan tarian singa. Namun, selepas latihan selesai, dia tidak pulang ke rumah sebaliknya mengikut seorang rakan ke lokasi yang belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Naazron, Yap mempunyai ketinggian sekitar 155 sentimeter, berat 39 kilogram, berbadan kurus, memakai pendakap gigi, berambut panjang, dan terakhir dilihat memakai pakaian tarian singa berwarna merah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Insp Muhammad Tasnim Mohamed Nor, di nombor 014-6209960.

Sumber: Bernama

Related Posts