Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
INDIA – Seorang remaja perempuan terpaksa melahirkan anaknya di tepi jalan selepas kakitangan sebuah pusat perubatan enggan membantunya, lapor Daily Mail.
Bagaimanapun, lelaki yang tidak dapat didedahkan namanya itu bertindak meninggalkan teman wanitanya selepas remaja berkenaan memaklumkan bahawa dirinya hamil.
Seorang pejalan kaki menyedari pakaian ramaja terbabit penuh dengan darah dan bayinya yang masih bertali pusat kemudian menghulurkan bantuan.
Om Prakash kemudian menyewa sebuah kereta sewa untuk menghantar dua beranak itu ke Hospital Chandil selepas sekumpulan wanita berjaya mendaftarkan dua beranak itu di hospital berkenaan untuk menerima rawatan.
Remaja dan bayi perempuannya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke pusat pelindungan wanita di Mahila Suraksha Griha, di Jharkhand.












