Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan buaya ketika memancing di Sungai Kobat, Kuantan pada petang Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang pada 8 Julai 2025, mangsa dikatakan turun ke dalam sungai untuk melepaskan mata kail yang tersangkut, namun tiba-tiba ditarik masuk ke dalam air.
Menurut rakan-rakan yang berada bersama mangsa, kejadian berlaku sangat pantas dan mereka mendakwa melihat buaya muncul di kawasan tersebut sebelum mangsa hilang dari pandangan.
- Pelajar UCYP terima sijil penghargaan, bantu lancarkan pergerakan ambulans ke HTAA

- Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di- Pertuan Negeri Sembilan

- Tunku Nadzaruddin ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12

Insiden itu mencuri perhatian ramai selepas video berkaitan dimuat naik pengguna TikTok @Myramnja2. Dalam ruangan komen, netizen meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa yang dikenali sebagai Abi.
“Badan dah jumpa tapi takleh nak bawak naik. Saya kawan kelas dia. Banyak buaya kat situ, kesian Abi,” tulis seorang individu bernama Adam.
Kawasan sering terlihat buaya, netizen dakwa ada umpan ayam mentah
Beberapa netizen lain turut mempersoalkan tahap keselamatan kawasan tersebut yang menurut mereka memang sering menjadi lokasi pemancing walaupun diketahui ada buaya.
“Situ memang ada banyak buaya. Saya selalu nampak pemancing semua tu, tapi tak pernah kacau manusia,” tulis MyraManja2.
Namun pengguna lain mendakwa aktiviti seperti meletakkan ayam mentah sebagai umpan di kawasan itu mungkin menjadi punca buaya mendekat.
“Aku baca komen orang dalam ni, ada orang pasang jaring ikan dengan umpan ayam mentah, buayanye tarik,” kata netizen, Mazz.


Antara komen-komen netizen di media sosial berhubung kejadian tersebut | Sumber: TikTok MyraManja2
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkenaan status operasi menyelamat atau punca sebenar kejadian.








