Remaja 17 tahun maut terjatuh dari tingkat 9, PPR Setapak - The Reporter

Remaja 17 tahun maut terjatuh dari tingkat 9, PPR Setapak

Foto: Orang awam

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut setelah terjatuh dari tingkat sembilan, bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Setapak, semalam.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat bawah dan turut ditemui bangkai seekor kucing berhampiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, semakan mendapati mangsa adalah pesakit psikiatri dan sedang menjalani rawatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, seorang penduduk, Azmi Abdul Aziz, 60, mengakui mengenali mangsa sejak enam tahun lalu, yang mana mangsa juga berkawan dengan anaknya yang berusia 16 tahun.

Dia pada awalnya menyangka individu yang terjatuh itu adalah orang dewasa. Namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai identiti mangsa.

Menurut Azmi, mangsa seorang remaja yang ringan tulang, baik, sopan dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang menetap di kawasan itu bersama dengan neneknya.

Kali terakhir Azmi bertemu dengan mangsa sekitar empat atau lima hari yang lalu.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!