Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berasal dari Sabah, Florida, 50, membuat laporan polis, berhubung kehilangan anak perempuannya, Natelia Vanessa Rosman, 17, sejak tiga hari lalu di Johor Bahru.
Menurut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Pelangi, Florida yang bekerja sebagai tukang urut di Singapura, mula menyedari kehilangan anaknya pada malam 24 Disember 2024. Ketika itu, beliau menghubungi seorang rakan untuk memeriksa keberadaan Natelia di hostel tempat tinggalnya di Jalan Perang, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Namun, rakan tersebut memaklumkan bahawa Natelia tidak berada di hostel tersebut. Florida kemudian cuba menghubungi anaknya melalui telefon, namun gagal mendapat sebarang respon. Bimbang dengan keselamatan anaknya menyebabkan Florida segera mengambil tindakan membuat laporan polis.
Difahamkan, Natelia baru sahaja mula bekerja di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Harimau, Taman Abad, Johor Bahru.
Sementara itu, menurut maklumat yang dikongsi di media sosial, kali terakhir Natelia dilihat ialah di kawasan Angsana, Johor Bahru. Dia dikatakan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.
Sehubungan itu, usaha mencari Natelia sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi ahli keluarganya di talian 019-8379819 – Reyderick atau ibu saudaranya, 011-62410217.








