'Reda isteri terletak pada tangan suami, kalau tak sempat bertaubat & tidak diampunkan oleh Allah maka neraka lah tempatnya' - Ustaz Wadi Annuar ulas isu viral isteri maki suami - The Reporter

‘Reda isteri terletak pada tangan suami, kalau tak sempat bertaubat & tidak diampunkan oleh Allah maka neraka lah tempatnya’ – Ustaz Wadi Annuar ulas isu viral isteri maki suami

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang memarahi suaminya kerana dipercayai telah menyebabkan kereta miliknya remuk.

Dalam hantaran tersebut dikatakan,suami kepada wanita itu dengan tidak sengaja menekan pedal mengundur (R) sebelum merempuh tembok rumah.

Bagaimanapun, menurut wanita itu, apa yang menyebabkan dia terlalu marah apabila suaminya langsung tidak meminta maaf atas apa yang dilakukannya.

https://www.tiktok.com/@lianaroslikakkm/video/7277914947542125826?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7249932847955133970

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan wanita itu dan menyifatkan wanita tersebut seolah tidak menghormati suaminya.

Tindakan wanita tersebut juga mendapat respon daripada pendakwah bebas, Ustaz Wadi Anuar yang mengulas isu tersebut.

“Macam mana orang boleh tahu? Puluhan ribu orang tahu dia maki hamun sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia tu.

“Reda seorang isteri pada tangan seorang suami seperti mana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.

“Kalau tak sempat bertaubat dan tidak diampunkan oleh Allah, maka neraka lah tempat seseorang itu,” katanya.

@ustazwadiannuarofficial

Redha Seorang Isteri Di Tangan Seorang Suami | Ustaz Wadi Annuar #ustazwadiannuar

♬ original sound – Ustaz Wadi Annuar – Ustaz Wadi Annuar

Sumber: Ustaz Wadi Annuar

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!