Ratusan pelarian Rohingya mendarat di Aceh, membuatkan penduduk setempat mulai bengang & bantah kedatangan mereka - The Reporter

Ratusan pelarian Rohingya mendarat di Aceh, membuatkan penduduk setempat mulai bengang & bantah kedatangan mereka

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seramai 200 pelarian etnik Rohingya yang menaiki kapal besar dilaporkan terdampar di Pantai Kemukiman Kalee, Aceh, Indonesia pada jam 11.30 pagi Selasa, 14 November lalu.

Daripada jumlah tersebut, 61 lelaki dewasa, 69 wanita dewasa, 27 kanak-kanak perempuan, 32 kanak-kanak lelaki dan enam lagi yang lain dilaporkan hilang dari lokasi.

Mereka kemudian dibawa ke tempat perlindungan sementara di Mina Raya, untuk dikumpulkan bersama pelarian Rohingya lain yang terdahulu tiba di wilayah berkenaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pusat perlindungan sementara itu kini menempatkan seramai 335 pelarian Rohingya, termasuk kumpulan yang baru tiba itu.

Malam keesokan harinya, Rabu, 15 November 2023, sekali lagi bot besar tiba di lokasi yang sama membawa 147 pelarian Rohingya dengan 46 lelaki dewasa, 58 wanita dewasa, 21 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.

Pada Khamis, 16 November, Aceh dikejutkan lagi dengan kedatangan kapal besar yang membawa pelarian Rohingya. Tetapi penduduk setempat bertindak menolak kehadiran mereka.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Lalu, Muhammad Iqbal menegaskan bahawa, Indonesia tidak mempunyai kewajiban dan kapasiti untuk menampung pelarian. Apatah lagi untuk memberi penyelesaian tetap kepada para pelarian.

“Perlindungan yang diberi selama ini adalah semata-mata kerana alasan kemanusiaan,” katanya.

Di media sosial, netizen mula mempertikaikan kawalan keselamatan di sempadan perairan negara, sehingga bot pelarian Rohingya boleh masuk dan mendarat di Aceh dengan sewenang-wenangnya.

“Kenapa senang sangat mereka masuk ke Aceh dengan alasan terdampar? Mana polis di sempdan? Sehingga mudah sangat mereka masuk. Kalau beginilah sistem sempadan negara, siapa saja bolh masuk dan tidak dapat dikesan,” kata netizen.

“Pulang saja ke negara asal, jangan sampai kita menjadi seperti Palestin yang ditindas Israel. Malah dia (Rohingya) yang akan menguasai negara kita,” kata Arin.

Sumber: Antara

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!