Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KLANG – Terkejut dan menggigil, itu yang dialami oleh seorang wanita selepas ternampak seorang lelaki beronani di belakang rumahnya di Taman Utama, ketika hendak membasuh pinggan di dapur, lapor Harian Metro.
“Saya terus memarahinya, tetapi dia buat tak tahu. Selepas saya berkata saya akan menghubungi polis, barulah dia beredar,” katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.
Gambar dan video perbuatan tidak senonoh lelaki terbabit juga viral di media sosial selepas Aziyana memuat naik ke laman sosial. Tindakannya itu juga turut dikecam netizen. Namun Aziyana menegaskan dia hanya sekadar mahu mengingatkan suri rumah lain serta anak-anak supaya sentiasa berhati-hati.











