Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jelas terpancar sinar kebahagiaan yang mula bertaut kembali dalam rumah tangga pemain bola sepak, Faisal Halim bersama isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, menerusi hantaran di Instastory yang dimuat naik pasangan itu.
Dalam satu kapsyen ringkas, Faisal meluahkan rasa syukur apabila memuat naik gambar mesra bersama isteri dan anak lelaki mereka dengan menulis, “Alhamdulillah.”

Baca juga:
- Tragedi Guar Chempedak: Lelaki dan wanita ditemui maut dengan kesan tikaman
- JPJ bakal kuatkuasa pemakaian tali pinggang keledar untuk semua penumpang kereta
- PAS kecam pemaju halau penduduk Kampung Sungai Baru
Menerusi gambar berkenaan, Faisal kelihatan memeluk erat keluarga kecilnya diiringi latar muzik lagu popular Sayang Sampai Mati, sekali gus menambahkan lagi nilai sentimental pada momen tersebut.
Menariknya, hantaran berkenaan turut dimuat naik semula oleh Syazwani dengan kapsyen penuh emosi.
“Alhamdulillah. Memaaf dan melupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” katanya.

Ungkapan itu nyata mencuri perhatian kerana menggambarkan kasih sayang yang kembali berputik dalam hubungan pasangan ini.
Terdahulu, rumah tangga Faisal dan Syazwani menjadi tumpuan apabila dilaporkan isterinya memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.