Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketika ini ramai golongan muda yang berlumba-lumba untuk memiliki aset seperti rumah sebagai pelaburan jangka panjang. Faktor gaya hidup dan persekitaran juga membuatkan mereka turut memiliki kenderaan mewah. Walaupun hanya pinjaman bank, mereka tetap berpuas hati dapat memiliki segala yang diidamkan.
Namun begitu, menurut seorang peguam melalui satu temubual di podcast menyatakan ramai golongan muda di Malaysia mengalami bankrap gara-gara pemilikan aset tersebut yang dibuat secara pinjaman.
“Golongan muda yang beli rumah pada usia 22 tahun dan ada yang beli kereta mewah diorang masa tu tak ada apa-apa komitmen yang lain. Masa tu diorang tak dapat lagi satu pengajaran yang lebih kompleks.
“Bila dah ada komitmen, baru dia akan nampak boleh ke tak dia lunaskan pinjaman tu. Jadi, diorang akan gabungkan pinjaman suami isteri. Benda tu yang sebenarnya jadi persoalan adakah bersedia untuk berikan komitmen untuk sesetengah perkara?” katanya.
Tidak dapat membayar pinjaman Aeon Kredit dan Kad Kredit
Bagaimanapun dia mengatakan menerusi pengalamannya mengendalikan kes, jarang berlaku golongan muda yang mengalami bankrap kerana tidak membayar pinjaman rumah. Sebaliknya golongan muda mengalami bankrap disebabkan tidak dapat membayar pinjaman kereta, pinjaman di Aeon Kredit dan kad kredit.
“Banyak mesej yang saya dapat bila tak dapat bayar Aeon Credit dengan Singer. Sebagai contoh beli motor apa-apa jenama, motor tu rosak. Walaupun dah rosak kena bayar tiap-tiap bulan. Bila tak puas hati, dia tak nak bayar. Tapi dalam kontrak pinjaman ada tercatat segalanya, tetap kena bayar,” katanya.
Kadar faedah yang tinggi
Katanya lagi ramai yang seakan tidak menyedari apabila membuat pinjaman dengan sistem pinjaman yang berasaskan mikrokredit, kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi.
“Adakah anda bersedia untuk bayar pinjaman dalam masa lima-tujuh tahun untuk dapatkan bayaran bulanan murah. Dalam lima tahun, dah banyak rosak sana sini, hutang tetap kena bayar,” katanya.
Tambahnya lagi, sesetengah golongan muda tidak membayar pinjaman tersebut untuk berbulan lamanya apabila didapati kenderaan mereka rosak atau sudah dijual.
“Bila bank dah hantar Letter of Demand (LOD), daripada hutang sikit jadi berlambak-lambak sebab malas nak ambik port.
Sumber: Abang Lawyer Hafiz Baharuddin








