Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah video tular di media sosial memperlihatkan sekumpulan peminat motosikal jenis Yamaha RXZ menggunakan alat electric hoist bagi mengangkat motosikal mereka naik ke rumah pangsapuri.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan sebuah motosikal RXZ diikat kemas sebelum ditarik naik menggunakan electric hoist crane dari kawasan tangga blok perumahan. Menariknya, bukan hanya sebuah, tetapi difahamkan sehingga 13 buah motosikal RXZ berjaya dinaikkan dengan cara sama.
Apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah sikap saling membantu dalam kalangan rakan-rakan yang terlibat. Ada yang bertugas mengawal ikatan tali dan ada yang memastikan kedudukan motosikal stabil.
Bagi sesetengah orang, tindakan itu dianggap unik kerana biasanya motosikal hanya diparkir di kawasan bawah pangsapuri. Namun bagi kumpulan peminat RXZ tersebut, usaha membawa motosikal ke tingkat atas menunjukkan bukan sekadar kecintaan terhadap motosikal klasik itu, tetapi juga bukti eratnya persahabatan sesama mereka.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
Rata-rata netizen memuji usaha tersebut sebagai simbol semangat bekerjasama dan kreativiti anak muda. Malah ada yang berseloroh mengatakan jika hilang motosikal RXZ, akan merana hidup mereka.
Terdahulu, sambutan Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari pada Ogos lalu di Kuala Terengganu berjaya mencatat rekod penyertaan kira-kira 150,000 peserta.








