Rezeki luar biasa buat Putri Qisya Nur Izzat, apabila beliau tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap nasibnya.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh stesen radio Hot FM, Qisya menerima sumbangan pendidikan, tajaan menunaikan umrah serta peluang menginap secara percuma di resort milik pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Datuk Qobin.
Pertemuan menyentuh hati itu mempertemukan Datuk Qobin dengan Qisya yang merupakan satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, yang telah meragut nyawa ibu bapa dan empat adik-beradiknya.
“Insya-Allah atas rezeki Allah ini, mulai bulan Ogos ini sampai Qisya umur 17 tahun, saya akan jaga pendidikan Qisya, sebanyak RM500 setiap bulan dan saya akan selalu lawat Qisya di MRSM.
Baca juga:
- Zahirah MacWilson mohon maaf, akui kesilapan sentuh isu agama

- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta

- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD

“Yang kedua, saya akan bawa Qisya dan makcik pergi umrah bersama isteri saya. Dan juga, yang terakhir, Qisya boleh datang ke resort saya di Gopeng bila-bila masa Qisya nak pergi,” katanya.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di TikTok, Datuk Qobin telah meminta bantuan netizen untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Qisya, dan menyampaikan hasrat untuk menjaga kebajikan remaja berkenaan.
Sumber: Hotfm









