'Pukul 2.30 petang, nombor habis disuruh balik' - Lelaki nak renew lesen bengang dengan perkhidmatan JPJ - The Reporter

‘Pukul 2.30 petang, nombor habis disuruh balik’ – Lelaki nak renew lesen bengang dengan perkhidmatan JPJ

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan sistem perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tasik Permaisuri. Kata lelaki ini, dia ke jabatan berkenaan atas urusan untuk memperbaharui lesen.

Bagaimanapun, dia mendapat tahu pada jam 2.30 petang, nombor giliran sudah habis.

@watchocplays

Pegi mampos dgn aku dah gemok, aku nak rant!! Buat lesen ni x sampai 5 minit jilake…ape masalah sampai nak catu nombor??? JPJ kat sini mmg tak sistematik…dah la semua nak pakai register2 bagai dgn netizen xpandai terkial2 nak register (bukan aku). Korang nak lunch time, kami layan lunch time. Kitorang datang lepas pukul 2. Pukul 2.30 dah habis???? Betul ke????

♬ original sound – OC – OC

“Datang pukul 2 nak renew lesen, pukul 2.30 nombor habis. Bila ditanya samada kena tunggu atau balik, diorang jawab kena balik,” katanya.

Situasi tersebut menimbulkan persoalan lelaki ini dan menyifatkan pekerjaan di JPJ sangat mudah apabila urusan diselesaikan pada jam 2.30 petang.

Namun begitu, menurut netizen nombor giliran tersebut adalah berdasarkan sistem QMS dimana sebagai contoh seorang pelanggan ditetapkan dalam anggaran lima minit untuk berurusan. Sistem ini katanya digunapakai dalam semua urusan di dalam mana-mana sektor.

Jika sistem tersebut tidak dibuat, katanya akan melambatkan lagi proses sesuatu urusan.

Selain itu, netizen mencadangkan lelaki ini untuk memperbaharui lesen melalui dalam talian, pejabat pos atau mana-mana agensi yang terlibat.

Sumber: OC

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!