Proton mohon maaf, tersilap label peta kedudukan Sabah & Sarawak - The Reporter

Proton mohon maaf, tersilap label peta kedudukan Sabah & Sarawak

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memohon maaf diatas kesilapan syarikat tersebut melabelkan negeri Sabah dan Sarawak di dalam peta.

Proton dalam satu hantaran menyatakan, pihaknya amat menyesali kesilapan itu yang mungkin akan menimbulkan perasaan sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Kami komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata.

“Justeru itu, kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai maklum balas daripada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu juga, Proton menyatakan pihaknya akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kedudukan peta Sabah Sarawak yang salah dilabel dan bertukar tempat.

Insiden yang tidak disengajakan itu dipaparkan ketika berlangsung pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS yang dianjurkan oleh Proton.

Sumber: Proton Cars

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!