Prince Syed belanja RM1.5 juta untuk persiapan raya, baju isteri bertatah Swarovski bernilai RM830,000 | The Reporter

Prince Syed belanja RM1.5 juta untuk persiapan raya, baju isteri bertatah Swarovski bernilai RM830,000

Prince Syed dan isteri bergaya dengan busana raya mewah bertatah Swarovski bernilai ratusan ribu ringgit.
Prince Syed dan isteri.

Walaupun Syawal sinonim dengan kesederhanaan, usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed atau nama penuhnya Syed Muhammad Shah Hasif, memilih untuk meraikannya dengan penuh kemewahan sebagai tanda penghargaan buat isteri tercinta, Fatin Syazwani Ishak.

Dalam perkongsian di TikTok, Prince Syed mendedahkan busana raya isterinya yang bertatah batu kristal Swarovski asli bernilai hampir RM830,000 adalah busana paling mahal pernah dihasilkan sendiri olehnya. Busana itu mengambil masa lima hari untuk disiapkan secara terperinci dan dianggap sebagai hadiah istimewa hasil titik peluhnya sendiri.

https://www.tiktok.com/@prince.syed.shahid/video/7487984785294511378

“Alhamdulillah, pembikinan baju ini antara yang paling susah saya pernah buat. Pakaian simple tapi penuh batu Swarovski asli,” katanya yang turut mengalami kecederaan kaki namun tetap mahu pastikan keluarganya gembira di pagi raya.

Nilai penuh persiapan hari raya mereka turut dikongsi, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sekitar RM1.5 juta. Antara barangan mewah lain termasuk tudung Swarovski RM10,000, beg Lady Dior RM30,500, aksesori RM50,000 dan set emas RM270,000 untuk isterinya. Anak-anak mereka juga tidak terkecuali dengan busana dan aksesori mencecah ratusan ribu ringgit.

https://www.tiktok.com/@prince.syed.shahid/video/7488283726011501831

Prince Syed menjelaskan, dia sendiri menjahit kesemua baju keluarganya sepanjang tiga bulan, memanfaatkan butik miliknya sambil mengekalkan elemen glamor meskipun konsep kali ini lebih minimalis.

Menurutnya lagi, baju-baju tahun sebelumnya biasanya akan dijual semula dan hasilnya disumbangkan kepada kebajikan.

“Saya tak rasa ini satu pembaziran. Yang penting, niat dan pengorbanan isteri saya tiada nilai,” ujarnya.

Prince Syed turut merancang untuk ke Jakarta atau Bandung pada minggu kedua Syawal bagi bertemu peminatnya di Indonesia, selepas sambutan raya bersama keluarga di Klang, Selangor.

Sumber: mStar, Gempak

Related Posts