Prank sambut birthday minggu orientasi, fasilitator mohon maaf, akui kesilapan | The Reporter

Prank sambut birthday minggu orientasi, fasilitator mohon maaf, akui kesilapan

Sumber Gambar: Tangkap Layar video tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susular tular mengenai rakaman video minggu orientasi atau dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Segamat, seorang pelajar fasilitator lelaki tampil memohon maaf.

Dalam satu hantaran video, lelaki berkenaan memohon maaf di depan pelajar-pelajar baru dan mengakui kesalahan yang dibuat.

https://www.tiktok.com/@ms.ezad25/video/7421506733765315848?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7421430034931992072

“Saya mengakui kesilapan saya, mungkin kandungan yang dibuat tidak sesuai.

“Apa-apapun saya mengakui memang itu kesalahan yang kita tak dapat nak nafikan.

“Saya mohon maaf dari pihak saya dan mewakili semua Pemimpin Mahasiswa (PM) kerana tindakan saya menyebabkan nama PM, nama anda semua mungkin tercalar,” katanya.

Dalam pada itu, dia mengharapkan agar MDS menjadi satu kenangan buat pelajar-pelajar baharu.

Terdahulu, tular video minggu orientasi pelajar UiTM Segamat apabila seorang fasilitator dirakam membuat kejutan hari lahir rakan mereka.

Video berkenaan dikecam ramai sehinggakan Menteri Pendidikan Tinggi turut diminta mengulas isu tersebut.

Related Posts