Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan pendiriannya untuk tidak berkompromi dalam usaha membanteras rasuah. Beliau menekankan bahawa walau sekuat mana pihak terbabit melawan, kerajaan tetap tidak akan berganjak.
“Saya bertekad membanteras rasuah. Walau sekuat mana pun mereka, demi Allah saya tidak akan berundur sedikit pun. Saya yakin rakyat bersama saya,” katanya memetik laporan Metro TV News, semalam.
Baca juga:
- Tujuh anjing ‘hilang’ jadi tular, jalan lebih 17km pulang ke rumah
- Qatar isytihar pegawai Kedutaan Iran sebagai ‘Persona Non Grata’
- Jemaah Tarekat Naqsabandiyah di Kota Padang, sambut 1 Syawal pada Rabu
Tindakan ganas disifatkan cubaan menggulingkan kerajaan
Prabowo turut mengecam tindakan perusuh di Sulawesi Selatan apabila beberapa bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dibakar sehingga menyebabkan empat penjawat awam menjadi mangsa.
Beliau menegaskan perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai menyuarakan pendapat, sebaliknya sudah menjurus kepada cubaan menggulingkan kerajaan.
“Orang yang tidak bersalah terkorban, bangunan DPRD dibakar. Ini tindakan menggulingkan kerajaan, bukan protes,” tegasnya.
Arahan tegas kepada pihak berkuasa
Ekoran insiden tersebut, Presiden telah mengarahkan pihak berkuasa segera menyiasat dalang sebenar. Beliau memberi jaminan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi demi melindungi rakyat.
“Pihak berkuasa akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab. Kita sudah ada beberapa petunjuk awal. Saya tidak akan berundur untuk membela rakyat dan sanggup berdepan dengan kartel walau sekuat mana pun mereka,” tegasnya.
Sumber: Metro TV News








