Presiden Prabowo Subianto menyatakan rasa syukur kerana Indonesia berjaya menangani bencana banjir besar di Sumatera tanpa perlu bantuan luar negara. Beliau menyifatkan bencana itu sebagai ujian kekuatan dan keupayaan negara menghadapi musibah secara berdikari.
“Bencana ini ujian buat kita. Alhamdulillah kita kuat dan mampu mengatasi dengan kekuatan sendiri,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-61 Parti Golkar di Jakarta, Jumaat lalu.
Menurutnya, pasukan kerajaan bekerja keras menghantar bahan api dan bantuan ke kawasan bencana di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat walaupun berdepan cabaran besar akibat jambatan putus dan akses darat terputus.
Baca juga:
- Gempa 7.8 Magnitud: Video bangunan sekolah di Mindanao, Filipina runtuh tular
- Iran dakwa dikenakan syarat masuk dan keluar AS hari sama perlawanan
- Netanyahu kritik tindakan Ben-Gvir terhadap aktiviS GSF
Indonesia belum buka bantuan asing
Menteri Luar Negeri, Sugiono, mengesahkan Indonesia belum membuka pintu bantuan luar buat masa ini. Katanya, langkah itu hanya akan dipertimbangkan sekiranya situasi benar-benar memerlukan.
“Untuk saat ini kita belum membuka bantuan. Kita akan minta bila merasa perlu,” katanya yang juga yakin negara mampu menanganinya melalui kekuatan dan sumber dalam negeri sendiri.
Bencana banjir di Sumatera menjejaskan ribuan penduduk dan memutuskan banyak laluan utama, namun kerajaan bertekad menyalurkan bantuan tanpa campur tangan luar.
Sumber: Kompas








