Polis siasat pengibaran bendera Israel di Kelantan | The Reporter

Polis siasat pengibaran bendera Israel di Kelantan

insiden pengibaran bendera Israel di Kelantan.
Tangkap layar video tular bendera Israel dikibar dalam program pelayaran solidariti Gaza di Kelantan

Polis Kelantan menjalankan siasatan berhubung insiden pengibaran bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, meskipun difahamkan ia hanya sebagai gimik persembahan semula insiden yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

“Sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan, termasuk bendera Israel, adalah menjadi kesalahan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengibarkan bendera Israel dalam sebarang bentuk perhimpunan atau protes, walaupun dengan niat untuk mengecam tindakan rejim Zionis.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan salah faham serta kegusaran awam yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Baca juga:

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memperlihatkan salah sebuah bot yang menyertai program solidariti tersebut mengibarkan bendera Israel, sekali gus mencetuskan kecaman orang ramai.

Namun, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia (AMBM) menjelaskan bahawa tindakan itu sekadar gimik bagi menggambarkan semula kejadian sebenar yang dialami sukarelawan GSF ketika misi kemanusiaan ke Gaza.

https://www.tiktok.com/@hafiz_shaari_offcial/video/7560190333376630024?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7519317656182228497

Sumber: Sinar Harian

Related Posts