Polis siasat mesej ugutan diterima Mufti Perlis | The Reporter

Polis siasat mesej ugutan diterima Mufti Perlis

Sumber Gambar: drmaza_official

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan menerima mesej ugutan yang dipercayai berkait dengan isu Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mesej ugutan yang telah diterima Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza di pejabatnya di Bangunan Dato Mahmud Mat, Kangar, Perlis.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Mohd Asri menerima pesanan mesej melalui aplikasi WhatApps daripada nombor telefon tidak dikenali dan ada empat pesanan mesej dihantar berkaitan Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Bagaimanapun katanya, Mohd Asri tidak mengendahkan mesej itu menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.

“Beliau (Mohd Asri) percaya pesanan WhatApps menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah.

“Susulan itu, mufti tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar kelmarin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan bahawa ajaran dan kepercayaan dalam GISB Holdings Sdn. Bhd. mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya berkaitan dengan fahaman batiniah.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis turut menegaskan bahawa model ekonomi yang diamalkan GISB Holdings tidak menepati prinsip ekonomi Islam.

Sumber: Harian Metro

Related Posts