Polis Sabah buru tahanan lolos dari Lokap Berpusat Kepayan - The Reporter

Polis Sabah buru tahanan lolos dari Lokap Berpusat Kepayan

Seorang tahanan dilaporkan meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.

Tahanan Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri ketika diiring oleh anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan dipercayai memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman.

“Seterusnya tahanan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.

Shahurinain berkata, suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri.

Katanya, suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember ini atas kesalahan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan.

“Gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan semua elemen.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya

Menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup, suspek bersama dua tahanan lain diiringi seorang anggota petugas lokap menuju ke bilik siasatan. Semasa anggota petugas tersebut masuk ke sebuah bilik, suspek dilihat mengambil peluang memanjat pintu jeriji lokap.

https://twitter.com/Ic0514/status/1736337457506074693?s=20

Sumber: Kosmo, X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!