Polis mohon bantuan orang ramai jejak anggota tentera hilang 24 Ogos lalu | The Reporter

Polis mohon bantuan orang ramai jejak anggota tentera hilang 24 Ogos lalu

Muhammad Ammar dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu.
Kehilangan anggota tentera, Muhammad Ammar tular selepas dikongsi kakaknya di TikTok.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis Daerah Serdang sedang menyiasat kes kehilangan seorang anggota tentera, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan kehilangan dibuat di Balai Polis Bandar Kinrara selepas kali terakhir Ammar dilihat di kawasan Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor.

Mangsa mempunyai ciri fizikal kulit cerah, rambut pendek lurus dan berketinggian kira-kira 175 sentimeter.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Insp. Mohd Sukri Che Mat di talian 03-80762222/03-80713136,” katany.

Menurut beliau, kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu usaha pihak berkuasa mengesan individu terbabit.

Baca juga:

Terdahulu, seorang pemilik akaun TikTok, Eynes dipercayai merupakan kakak kepada mangsa berkongsi bahawa Ammar gagal dihubungi sejak 24 Ogos lalu. Menurutnya, adik beliau sempat keluar beriadah pada 25 Ogos sebelum bertemu rakan di UiTM Shah Alam dan seterusnya ke Sungai Kedondong. Namun, rakan-rakan tidak mengetahui lokasi terakhirnya selepas itu.

“Ammar keluar kem pada 22 Ogos 2025, Jumaat. 23 Ogos 2025, Sabtu, dia telah pergi berjogging dan bertemu rakan di UiTM Shah Alam. Kemudian pergi mandi manda di Sungai Kedondong. Menurut rakan-rakannya, dia datang lambat dan tak pasti parking di mana. Tiada yang tahu status Ammar selepas itu,” katanya.

Keluarga mangsa juga dilaporkan sudah menghubungi beberapa hospital di Selangor dan Kuala Lumpur, namun sehingga kini tiada sebarang maklumat diterima.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts