Polis minta bantuan kesan remaja 16 tahun hilang - The Reporter

Polis minta bantuan kesan remaja 16 tahun hilang

Sumber Gambar: Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Lagi mengenai isu kehilangan. Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 18 hari lalu di daerah Kuala Pilah.

Laporan kehilangan remaja berusia 16 tahun berkenaan diterima oleh polis pada 28 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah merupakan kehilangan kali kedua.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian ini merupakan kehilangan kali kedua yang mana pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat mengesan dan membawanya pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, kali ini remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tidak pulang ke rumah dan laporan polis dibuat berhubung kehilangan tersebut.

“Remaja terbabit berkulit kuning langsat, tinggi kira-kira 150 sentimeter (cm), berat sekitar 45 kilogram, berbadan kurus dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu,” katanya.

Tambah beliau, kali terakhir Fiffy Arnatasya dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun lalu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja perempuan berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842222,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!