Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Cubaan dua pempengaruh Malaysia mencipta kandungan sensasi akhirnya terbongkar selepas polis Indonesia mengesahkan cerita mereka mengenai kehilangan rakan di hutan hanyalah rekaan semata-mata.
Ammar Mohd Nzahan dan Aras sebelum ini mendakwa seorang rakan mereka, Eykaa, hilang selama 48 jam selepas merakam kandungan paranormal di Bukit Embah Garut, Kota Bandung.
Kisah itu disiarkan secara langsung di TikTok, menarik perhatian ramai dan meningkatkan jumlah tontonan serta pengikut mereka.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati ia hanyalah lakonan bagi menarik perhatian. Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia, menjelaskan bahawa kandungan tersebut bukan sahaja tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa, malah melanggar undang-undang Indonesia berkaitan penyebaran berita palsu.
“Mereka tidak menyedari bahawa undang-undang di sini mengenakan hukuman tegas terhadap penyebaran berita palsu. Kandungan yang dibuat juga tidak mendapat kebenaran rasmi,” katanya.
Selepas pembohongan mereka terbongkar, Ammar dan Aras tampil meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Sumber: Sinar Harian








