Polis guna bas block jalan, samseng jalanan terus jammed otak tak tau nak lari ke mana | The Reporter

Polis guna bas block jalan, samseng jalanan terus jammed otak tak tau nak lari ke mana

Polis di Johor Bahru telah menggunakan dua buah bas untuk menghalang sekumpulan samseng jalanan daripada melarikan diri semasa operasi khas di Jalan Skudai – Pantai Lido.

Operasi tersebut bermula pada hari Jumaat lalu dan berlangsung selama dua hari, dari pukul 5 petang hingga 1 pagi.

Operasi khas ini melibatkan kerjasama antara Polis Johor Bahru Selatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Dalam operasi ini, sebanyak 153 saman telah dikeluarkan oleh polis atas pelbagai kesalahan trafik. JPJ pula mengeluarkan 54 saman kompaun atas pelbagai kesalahan, manakala JAS mengeluarkan 46 saman kompaun dan 52 notis arah periksa terhadap penunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi melebihi paras yang ditetapkan.

Operasi ini berjaya menahan 286 individu dan memeriksa 257 kenderaan. Sebanyak 115 motosikal telah disita. Selain itu, seorang lelaki berumur 28 tahun telah ditahan kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber: Berita RTM

Related Posts